Saturday, May 23, 2009

tetamu laman

cool!ramai pelawat yang menghargai laman ini..jom lihat antaranya..

yang malu-malu kucing..













burung kiut ini taktau namanya apa tapi dengan berani bersarang di atas pokok rambutan kecik tu ...deposit 2 butir telurnya disitu..berani ko.
Taktau banyak kucing yang berkeliaran kat sini my dear ..contohnya cam kat atas tu.



sang katak yang me'waris'kan anak-anaknya ke dalam kolam ini ..Mulanya jenuh juga berudu ini mencari ibunya yang tak serupa langsung dengannya ...



rama-rama cantik pun datang melawat..sayangnya hayat nya takpanjang untuk dinikmati.




Ni spider berwajah garang, berduri tajam menguasai daun ini..akan dihalau kalau ada insect lain cuba bersarang.


Selamat datang ke duniaa... wahai cik belalang


insect yang pakai gaun pengantin ni sebenarnya hanya dilihat dengan matakasar sebagai debu-debu putih di bawah daun sahaja..gatal kalau terkena bendanya..







Water Lily



malam ni terlebih dose minum cappucino hingga tak boleh tidor..

Jadi terlebih rajin nak buat entry pasal bunga yang tumbuh dalam air ni pulak.
Kolam kecik disisi rumah tu di tanam dengan bunga 'water lily' yang beli kat nursery dah mula nak berbunga..
Sib baik sempat snap gambar bunga ni kerana selepas itu gatal tangan pindahkan bunga ni ke kolam depan yang sekarang sekali ngan pokoknya dah jadi arwah..huhuhu

Dulu ingatkan water lily ni serupa bunga teratai rupanya hanya hampir sama tapi tak serupa.

Tempohari cuba pergi cari teratai kat tepi lombong hampir nak jatu dalam lombong..rupanya teratai ni susah gak nak tarik akarnya dari dalam lumpur tu...entah-entah hantu lombong pun pegang kuat-kuat jugak tak?..pulang hampa aja.Singgah nursery minta bunga teratai apek tu bagi bunga ni..






bunga muraya

Ni bunga namanya Muraya or Kemuning, ada sepokok depan umah.
Meriah berbunga putih melepak, ada mengeluarkan bau harum di waktu malam.Eeeeeeeeee jangan seram plak.Jangan pandang belakang ehhee..

Suka tengok insect yang melepak atas bunga tersebut.If you never see how a Kemuning flower looks like, have a closer look here.
Yang warna merah tu buahnya..




Insect yang melepak atas bunga ni cam blurr je bila kita snap gambarnya..

Bila dibasahi ujan nampak cantik kan?



Informasi Tanaman:

Sinonim:
= M. banati Elm. = M. exotica, Linn. = M. exotica var. sumatrana Koord. et Val. = M. glenieli Thw. = M. odorata, Blanco. = M. sumatrana, Roxb. = Chalcas paniculata, Linn. = C. camuneng Burm.f. = C. intermedia, Roem. = Connarus foetens, Blanco, = C. santaloides, Blanco.

Familia :Rutaceac

Tentang Kemuning:

Kemuning biasa tumbuh liar di semak belukar, tepi hutan, atau ditanam sebagai tanaman hias dan tanaman pagar. Kemuning dapat ditemukan sampai ketinggian ± 400 m dpl. Variasi morfologi besar sekali. Yang biasa ditanam untuk memagari pekarangan, biasanya jenis yang berdaun kecil dan lebat. Semak atau pohon kecil, bercabang banyak, tinggi 3 - 8 m, batangnya keras, beralur, tidak berduri. Daun majemuk, bersirip ganjil dengan anak daun 3 - 9,. letak berseling. Helaian anak daun bertangkai, bentuk bulat telur sungsang atau jorong, ujung dan pangkal runcing, tepi rata atau agak beringgit, panjang 2 - 7 cm, lebar 1 - 3 cm, permukaan licin, mengilap, wamanya hijau, bila diremas tidak berbau.
Bunga majemuk berbentuk tandan, 1 - 8, warnanya putih, wangi, keluar dari ketiak daun atau ujung ranting.
Buah bulat telur atau bulat memanjang, panjang 8 - 12 mm, masih muda hijau setelah tua merah , berbiji dua.

Nama Lokal :
Kamuning (Sunda), kemuning, kumuning (Jawa).; Kajeni, kemuning, kemoning (Bali), kamoneng (Madura),; Kamuning (Menado, Makasar), kamoni (Bare), palopo (Bugis).; Kamuni (Bima). eseki, tanasa, kamone, kamoni (Maluku).; Jiu li xiang, yueh chu (China), Orange jessamine (Inggris).; Kemuning disebut juga orangejasmine dalam bahasa Inggris karena tanaman ini memiliki bentuk bunga seperti melati (putih dan kecil) serta wanginya pun harum.

Manfaat Kemuning:

Karena kandungan-kandungan tersebut, kemuning dikenal pula bisa berkhasiat sebagai obat, baik pada bagian daun, ranting, akar dan juga kulit batang. Kemuning berkhasiat sebagai pemati rasa (anestesia), penenang (sedatif), antiradang, anti-rematik, anti-tiroid, penghilang bengkak, pelancar peredaran darah dan penghalus kulit.

my Secret garden

Hai...welcome to my new blog.

Ingin berkongsi kurniaan Allah terhadap manusia di muka bumi..

Surah ‘Abasa

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.

(Ayat 24-32 , Surah ‘Abasa)